Sunatullah1

Posted in Uncategorized on Oct 28, 2011 by singakijang

“Kesan kegagalan adalah hantu yang paling ditakuti oleh kejayaan”

Nota:

Lumrah bagi kita untuk melalui kejayaan dan kegagalan dalam hidup. Kedua-dua perkara tersebut  ada meninggalkan kesan yang dapat kita lihat dan ia akan mempengaruhi hidup kita. Kesan yang ditinggalkan oleh kegagalan akan sentiasa menghantui minda kita, ia memaksa kita menerima dan selesa denganya. Inilah adalah hantu yang menyebabkan kecemerlangan dalam diri kita bersembunyi atau lari meninggalkan kita sendiri hidup bersamanya. Ia bermula dari sekecil-kecil kegagalan seperti meninggalkan pinggan berlonggok didapur sehingga sebesar-besarnya meninggalkan amanah (dakwah, kerjaya etc) yang dipikul terbengkalai tanpa alasan kecuali malas. Oleh itu hilangkan segera kesan kegagalan dari hidup kita.

Advertisements

Syabas HIMPUN!!

Posted in Umum on Oct 24, 2011 by singakijang

Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) anjuran NGO-NGO Islam termasuk ISMA telah berlangsung dengan jayanya. Himpunan ini yang dicetuskan oleh beberapa siri pemurtadan dan yang terkini dalam isu siasatan JAIS ke atas DUMC telah berlangsung dengan aman. Syabas Ahli-ahli Seketariat dari ISMA, PEMBINA dan NGO lain yang telah bertungkus lumus.

Sumber: Malaysiakini

Penilaian di atas adalah berasaskan kepada tujuan terpenting yang telah digariskan oleh penganjur iaitu bagi memberi amaran kepada ‘agen-agen pemurtadan’ bahawa umat Islam di Malaysia tidak akan mengizinkan perkara tersebut terus berlaku dalam negara yang tercinta ini. Penegasan ini adalah konsistan sejak mula ia dipromosikan, juga ketika ucapan para pemidato sedang berlangsung dan akhirnya ketika sidang akhbar di akhir majlis. Nyatalah andaian buruk sesetengah pihak terhadap tujuan ia diadakan tersasar jauh. Penganjuranya yang disensasikan juga mempromosikanya secara tidak langsung.

Program ini juga telah berjaya menzahirkan sikap sebenar sesetengah pihak terhadap isu survival Islam di negara ini. Penegasan artikal 11 (4) berhubung ‘kebenaran untuk mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama (lain) di kalangan orang Islam’, ia seolah-olah telah dikesampingkan. “Aqidah umat ini tidak terancam…” katanya (kecuali yang bersamaan dengan manifesto mereka?). Akhirnya masyarakat mungkin mengatakan ada ‘musang berbulu ayam’ rupa-rupanya. Malanglah jika ianya benar.

Kejayaan program ini juga dapat dilihat melalui iltizam kesemua pembenteng untuk tidak menzahirkan atau mempromosikan agenda parti atau badan masing-masing. Seruan kesatuan umat dalam mendaulatkan Islam bertali arus dicelah-celah languan takbir dari mulut semua pembentang. Ramai yang terharu dengan munajat  YB Datuk Dr. Hassan Ali, yang sanggup hadir bagi menzahirkan keperihatinanya sebagai hamba Allah dan ‘meninggalkan’ jawatan Exco Selangor dan pimpinan Pas Pusat. Keadaan ini telah member isyarat penting kepada ahli-ahli politik, di sana telah ada aliran ketiga yang akan memimpin cara fikir dan tindakan umat ini. Arus ini akan berkembang dan bakal menjadi pengimbang bagi mengatasi keserabutan perebutan kuasa politik yang telah membarah. ISMA amat bersyukur dengan natijah ini kerana ia bertepatan dengan sloganya yang sedang dilaungkan.

Namun, jika kita hanya menyempitkan kejayaan sesuatu program berdasarkan jumlah yang hadir, kita sebenarnya telah tersilap membuat kesimpulan. Sambutan kehadiran 5,000 atau 10,000 orang tidak lagi penting, ia jika kita melihat sisi kejayaan lain yang lebih bermakna. 

 Kehadiran wakil dari badan yang sering dikaitkan dengan Pas iaitu Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) dan Front Anti-Murtad (Forkad) memberikan sekurang-kurangnya dua isyarat kepada umat Islam iaitu; sebenarnya kebanyakan anggota Dewan Pemuda dan golongan muda Pas masih bersama NGO lain dalam isu ini atau ia pula sebenarnya merupakan satu protes senyap golongan muda terhadap keputusan Mesyuarat Lajnah Politik PAS atau kedua-duanya sekali. Tahniah untuk Gamis dan Forkad. Allah S.W.T sahaja yang Maha Mengetahui, moga Allah menyatukan umat ini atas aqidah yang sahih.

 Melayu Sepakat, Islam Berdaulat

 

Dendam Kesumat…

Posted in Tazkirah on Nov 8, 2008 by singakijang

tension

Assalamualaikum w.b.t. Saudara dan saudari yang dirahmati Allah s.w.t. Kelmarin saya menjenguk ke laman web milik akhbar sebuah parti politik. Antara yang mengusik perhatian saya adalah artikal dalam kolum Politik Kampus.

Seorang penulis telah dengan ‘berani’ mengistiharkan dendam kesumatnya terhadap beberapa pegawai tertinggi di sebuah IPT. Apa yang saya faham dari aktikel tersebut adalah dendam ini berpunca dari tindakan pegawai-pegawai tersebut mengherdik dan menuduhnya secara melampau dalam sebuah perjumpaan yang beliau hadiri. Mungkin ada lagi peristiwa yang berlaku menyebabkan dendam yang begitu memuncak, walaupun beliau telah lama meninggalkan dunia pengajian di IPT. Ini dakwaan-dakwaan beliau dan pengistiharan kepada 2 juta warga Kuala Lumpur, 27 juta rakyat Malaysia dan 6 Billion penduduk dunia!!. Continue reading

Peperiksaan

Posted in Umum on Nov 3, 2008 by singakijang

Demam Peperiksaan

Assalamualaikum w.b.t, moga saudara dan saudari sentiasa dalam pimpinan Allah s.w.t. Saya dimakluman oleh rakan-rakan saya di IPT, kebanyakan mereka sedang demam.. demam peperiksaan!. Sebagai individu yang ada sedikit latarbelakang asas perubatan, saya mungkin boleh berkongsi maklumat ringkas di mana demam ada punca pencetusnya seperti jangkitan kuman, stress dan lain-lain.

Tapi apa yang boleh saya jangkakan, beberapa hari yang mendatang merupakan hari-hari yang agak menyiksakan bagi sebilangan pelajar yang sedang menghadapi peperiksaan. Sehingga terlintas difikiran kita.. alangkah baiknya jika ijazah ini dapat diperolehi hanya dengan menghadiri kuliah, membuat beberapa ‘assignment’ dan mengikuti beberapa hari latihan industri dan lain-lain.

Bila kita melihat sejarah pengembangan ilmu di zaman kegemilangan islam, kita akan akur bahawa pengembangan tamadun islam sebelum ini berlaku dalam kadar yang begitu pantas dan melibatkan begitu banyak disiplin ilmu. Senario ini mungkin mustahil dilihat, jika umat islam ketika itu mengalami sindrom ‘demam peperiksaan’ atau mengalah dengan kesukaran yang dihadapi ketika menimba limu atau hanya belajar untuk ‘cukup makan’ atau membawa ‘toyol’ (nota untuk tujuan meniru di dewan peperiksaan) hanya untuk bergraduat.

Syeikh Muhammad Qutb, dalam bukunya ‘Sinaran Cahaya dari Rasulullah S.A.W’ menyatakan dorongan kuat yang mengubah senario arab yang jahil kepada arab yang begitu cintakan ilmu ialah kefahaman yang mendalam umat islam ketika itu dengan hadith Baginda S.A.W. Hadith tersebut diriwayatkan oleh Ibnu Majah bermaksud ‘Menuntut ilmu adalah wajib (fardu) bagi setiap muslim’. Ini sahaja saudara-saudari! Continue reading

Selamat Hari Raya

Posted in Uncategorized on Oct 10, 2008 by singakijang

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Assalamualaikum w.b.t. Setelah jenuh berlapar dan dahaga sebulan lamanya Allah s.w.t telah mengurniakan kita dengan kegembiraan berbuka dan sambutan hari raya. Kita memang berhak untuk bergembira dan bersyukur atas kurniaan ini, ia merupakan janji Baginda s.a.w. Kita dapat berhari raya dalam suasana aman. (Cuma ada yang cedera disebabkan ’bom’ sendiri). Sebahagian dengan pakaian baru, kereta baru, anak baru, isteri baru (baru berkahwin), kerja baru dan banyak lagi yang baru. Walaupun ekonomi bergolak dan politik bergolak, semua kegembiraan ini kita dapat kecapi bersama di bandar dan di desa. Alhamdullilah, syukur kepada Allah.

Apa yang menjadi harapan adalah puasa tahun ini telah memberi sedikit bekas pada akhlak, hati, iman dan taq’wa kita. Peluang suasana raya ini seharusnya digunakan sebaik-baiknya untuk bergaul dengan masyarakat disekeliling kita. Mungkin dengan alasan ziarah raya tiada siapa yang menolak kita, asal masanya sesuai dan notisnya awal!!. Mungkin ada yang fobia dengan majlis raya yang bertali arus. Adalah ini satu keperluan? Tidak ke membazir? Oii! orang arab raya cuma SEHARI!!. Continue reading

Demi Masa

Posted in Uncategorized on Sep 27, 2008 by singakijang

“Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan di atas kebenaran dan kesabaran” Al-Asr 1-3.

Marhaban Ya Ramadhan

Posted in Tazkirah with tags on Sep 15, 2008 by singakijang

Alhamdullilah kita dapat bertemu lagi dengan bulah Ramadhan Al-Mubarak. Ada beberapa topik lumrah yang menjadi kelaziman perbincangan di bulan ini. Sepatutnya umat islam di negara ini dapat melampaui topik perbincangan ’common’ pada bulan ini seperti perkara-perkara yang membatalkan puasa, bilangan rakaat solat tarawih, ada tazkirah atau tidak, siapa yang lebih layak menerima zakat..dan lain-lain.

Sebenarnya ada agenda lebih besar yang perlu diambil perhatian. Antara hikmah bulan ini diciptakan Allah adalah bagi medan tarbiyah rohiyah bagi orang-orang yang beriman mensucikan diri mereka. Said Hawwa dalam kitabnya ‘Al-Mustakhlas Fi Tazkiatin-Nafsi’ merakamkan ‘Puasa adalah pendorong yang kuat lagi amat penting daripada beberapa pendorong yang dapat membuat jiwa menjadi suci dan bersih dari segala bentuk hawa nafsu. Manakala sabar itu mempunyai kedudukan tertinggi dalam memberikan kesadaran kepada nafsu, maka puasa adalah jalan yang dapat dipergunakan untuk membiasakan nafsu itu menjadi sabar dan patuh serta tunduk’. ‘Puasa itu adalah separuh dari kesabaran’ Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah (hadith hasan).’

Continue reading