Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) anjuran NGO-NGO Islam termasuk ISMA telah berlangsung dengan jayanya. Himpunan ini yang dicetuskan oleh beberapa siri pemurtadan dan yang terkini dalam isu siasatan JAIS ke atas DUMC telah berlangsung dengan aman. Syabas Ahli-ahli Seketariat dari ISMA, PEMBINA dan NGO lain yang telah bertungkus lumus.

Sumber: Malaysiakini
Penilaian di atas adalah berasaskan kepada tujuan terpenting yang telah digariskan oleh penganjur iaitu bagi memberi amaran kepada ‘agen-agen pemurtadan’ bahawa umat Islam di Malaysia tidak akan mengizinkan perkara tersebut terus berlaku dalam negara yang tercinta ini. Penegasan ini adalah konsistan sejak mula ia dipromosikan, juga ketika ucapan para pemidato sedang berlangsung dan akhirnya ketika sidang akhbar di akhir majlis. Nyatalah andaian buruk sesetengah pihak terhadap tujuan ia diadakan tersasar jauh. Penganjuranya yang disensasikan juga mempromosikanya secara tidak langsung.
Program ini juga telah berjaya menzahirkan sikap sebenar sesetengah pihak terhadap isu survival Islam di negara ini. Penegasan artikal 11 (4) berhubung ‘kebenaran untuk mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama (lain) di kalangan orang Islam’, ia seolah-olah telah dikesampingkan. “Aqidah umat ini tidak terancam…” katanya (kecuali yang bersamaan dengan manifesto mereka?). Akhirnya masyarakat mungkin mengatakan ada ‘musang berbulu ayam’ rupa-rupanya. Malanglah jika ianya benar.
Kejayaan program ini juga dapat dilihat melalui iltizam kesemua pembenteng untuk tidak menzahirkan atau mempromosikan agenda parti atau badan masing-masing. Seruan kesatuan umat dalam mendaulatkan Islam bertali arus dicelah-celah languan takbir dari mulut semua pembentang. Ramai yang terharu dengan munajat YB Datuk Dr. Hassan Ali, yang sanggup hadir bagi menzahirkan keperihatinanya sebagai hamba Allah dan ‘meninggalkan’ jawatan Exco Selangor dan pimpinan Pas Pusat. Keadaan ini telah member isyarat penting kepada ahli-ahli politik, di sana telah ada aliran ketiga yang akan memimpin cara fikir dan tindakan umat ini. Arus ini akan berkembang dan bakal menjadi pengimbang bagi mengatasi keserabutan perebutan kuasa politik yang telah membarah. ISMA amat bersyukur dengan natijah ini kerana ia bertepatan dengan sloganya yang sedang dilaungkan.
Namun, jika kita hanya menyempitkan kejayaan sesuatu program berdasarkan jumlah yang hadir, kita sebenarnya telah tersilap membuat kesimpulan. Sambutan kehadiran 5,000 atau 10,000 orang tidak lagi penting, ia jika kita melihat sisi kejayaan lain yang lebih bermakna.
Kehadiran wakil dari badan yang sering dikaitkan dengan Pas iaitu Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) dan Front Anti-Murtad (Forkad) memberikan sekurang-kurangnya dua isyarat kepada umat Islam iaitu; sebenarnya kebanyakan anggota Dewan Pemuda dan golongan muda Pas masih bersama NGO lain dalam isu ini atau ia pula sebenarnya merupakan satu protes senyap golongan muda terhadap keputusan Mesyuarat Lajnah Politik PAS atau kedua-duanya sekali. Tahniah untuk Gamis dan Forkad. Allah S.W.T sahaja yang Maha Mengetahui, moga Allah menyatukan umat ini atas aqidah yang sahih.
Melayu Sepakat, Islam Berdaulat